Bila kita cakap soal kecantikan , mesti ramai wanita di luar sana yang nak tahu tips kecantikan. al maklum lah wanita dan kecantikan tu tak boleh dipisahkan. Budak-budak pun dah pandai nak cantik-cantik. kita yang dah dewasa mesti nak nampak cantik juga kan?Bila penampilan kita cantik, automatik kita punya confident pun naik!! setuju tak??!!!
jom kita tengok tips kecantikan. Boleh share d engan kawan-kawan. nak cantik biar sama-sama💖💖💖
1)1. Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air adalah agen detox kulit terbaik! cukup ke 2 liter???
2. Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman soda, minuman instant 3in1 dan dairy-rich food. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus hormon penyebab jerawat. Jangan hairan kenapa dah tua pun masih naik jerawat. minum manis jerawat naik, bacaan gula pun boleh naik. tak pasala dapat kencing manis.😆
3. Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak.bantal yang adapeta dunia pun wajib disarungkan ye.😆
4. Amalkan meminum air perahan lemon dan green tea kerana ia adalah minuman detox tinggi antioksida. Terbaik untuk cuci dalaman.
5. Rajin dan disiplin diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner, 3-pelembap/sunblock. kalau malas jangan cakap kenapa muka takde perubahan.😆
6. Pakai homemade mask ringkas untuk detox. Yogurt + madu + green tea. Buat seminggu sekali untuk tarik kotoran dari dalam kulit keluar ke permukaan. Ini antara kaedah untuk purify kulit wajah. Kalau malas dm bonda, bonda ada jual mask yang boleh menanggalkan kotoran dekatm uka ampa.😊
7. Wap/stim muka sendiri. Ambil satu bekas besar untuk letak air panas di dalamnya. Titik minyak essential 2-3 titis. Lepas tu, kelubung kepala dengan tuala dan muka dihadapkan pada bekas itu. Jarakkan muka jangan terlalu dekat sangat. Agak-agak boleh bernafas dan tidak rasa terlampau panas. Kemudian, wapkan muka selama 15 minit. Kaedah ini sangat bagus untuk membuka liang pori dan mengeluarkan kotoran dengan lebih efektif. ingat wap muka ye bukan rendah dalam air panas tak pasal masuk hospital sat lagi.😆
ok guys! semoga bermanfaat!!!
love,
bondayana

No comments:
Post a Comment