EHHH SIAPA YANG BESAQ GADANG TU??!!

Salam semua.

eh untuk entry kali ni bonda nak share dengan korang journey bonda dalam dunia diet ni. Memang mencabar sebab bonda ni agak suka food hunting. mna tempat viral mesti pergi. Lagi satu bonda ni bila duduk sorang-sorang dekat rumah tak tahu nak makan apa mesti pecut pi makan FAST FOOODD! (NOT RECOMMENDED DUE TO HIGH CALORIES) Nak buat macam mana bonda ni belum ada rezeki anak lagi. so bila nak masak portion sorang tu alahai malasnya. selalunya before husband balik kerja, dalam pukul 4 baru start masak. tengah hari tu kalau malas nak masak untuk makanan sendiri bonda akan pergi Mc Donald, KFC dan segala jenis FAST FOOD.  Ye la nama pun fast food, cepat la dapat makan. ada lagi satu cepat dapat penyakit jugak!!!! HAHAHAHAHAHAA.πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Berat bonda memang naik bukan sekilo taw, tapi berkilo- kilo. tak terkira kilonya. aduhhh stresssssss bondaaaaaaaaaaa.aaaaaarrggghhhhh. Lagi tak best bila baju semua tak muat kena la beli baru. sebab ketat sendat macam sarung nangka. nak solat pun rasa berat badana. dari sujud nak bangun tu aduh rasa macam tak nak bangun. sebab berat sangat. (tergelak bonda bila ingat balik)  Confident pun hilang lebur.  bila jumpa orang semua cakap ehhhhh kenapa badan dah naik???? alahai malu bonda.

Bila naik berat badan ni, period bonda pun terganggu. almaklumlah hormon pun tak stabil. memang nature of my body ( agitcheww) kalau berat naik, period mesti tak kunjung tiba. Pergi jumpa doc pun depa kata HORMON TAK STABLE. Letih  dengaq laaa. Jadi bila dah macam tu bonda pun tak action sebab ye la woi siapa tak mo baby. so i take one step ahead untuk make sure im healthy and period pun lancar macam sediakala.

Naahh bonda belanja gambar sikitπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡   


                         BEFORE                   



AFTER


Gambar before tu masa bonda tengah ada masalah berat bada. besar gadang... Rasanya berat dalam 100kg kot. sebab last timbang 98. then after few months rasa berat macam naik sampai fobia nak naik penimbang. hahahaha so yang gambar after lepas bonda loss around 15kg. but still tengah nak turunkan lagi. Target 55kg. And right now bonda tengah on "Diet suku suku separuh". okay lah bonda akan share lagi pasal journey diet suku suku separuh. got to go bonda ada kerja nak buat


love, 
BondaYanaπŸ‘„πŸ’–






Lesson to be learned!!!!

ASSALAMALAIKUM

Hai semua.

untuk cerita kali ni kita cerita sikit la pasal life. Benda ni bonda rasa mesti perna berlak dekat korang juga kan?? ooopppss belum cerita lagi dah tanya lagu tu.aduh bonda ni.πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

dalam hidup kita ni mesti mesti kita ada jumpa orang yang selalu cari pasal dengan kita kan?
apa yangk orang buat dengan orang macam ni? kalau bonda, bonda tak kisah pun. tapi lepas dari tu memang bonda takkan bercakap sangat dengan orang yang macam ni. sebabnya takut bergaduh pulak. isshh. bonda tak suka nak gaduh-gaduh. sebab i can be much more garang than dragon. hahahahahπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

tapi guys bukan bonda terus nak berdendam. bonda maafkan orang tu. tapi bonda takkan jadi rapat as before la. kadang-kadang malas dah nak layan orang macam. sometimes dalam family pun ada tapi benda ni tak boleh lama-lama sebab family kan. ayyooorr dicincang takkan putus.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Tapi kalau korang jumpa orang perangai macam ni buat tak tahu. dont hold the grugde. let it go. barulah hati kita tenang. Aman damai. Bonda kadang-kadang selalu nampak status si A burukkan si B. berpanjangan sampai beranak pinak.eh ampa memang takde kerja ka? nak bermusuh sampai kiamat ka??πŸ˜†πŸ˜†
Please ye korang. udah-udah simpan dendam. p la buat solat taubat. semoga ALLAH ampunkan segala dosa-dosa kita. it's time to be a big girl nowww!!! maybe it's time to be a women lah. baru nampak matang.

Nak bebel panjang [un takut nanti tersalah cakap. okaylah. smapai sini je laaaa... GTGπŸ’—πŸ’—πŸ’—




TIPS KECANTIKAN YANG PERLU ANDA TAHU!!!!!!


Bila kita cakap soal kecantikan , mesti ramai wanita di luar sana yang nak tahu tips kecantikan. al maklum lah wanita dan kecantikan tu tak boleh dipisahkan. Budak-budak pun dah pandai nak cantik-cantik. kita yang dah dewasa mesti nak nampak cantik juga kan?Bila penampilan kita cantik, automatik kita punya confident pun naik!! setuju tak??!!!

jom kita tengok tips kecantikan. Boleh share d engan kawan-kawan. nak cantik biar sama-samaπŸ’–πŸ’–πŸ’–


1)1. Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air adalah agen detox kulit terbaik! cukup ke 2 liter???

2. Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman soda, minuman instant 3in1 dan dairy-rich food. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus hormon penyebab jerawat. Jangan hairan kenapa dah tua pun masih naik jerawat. minum manis jerawat naik, bacaan gula pun boleh naik. tak pasala dapat kencing manis.πŸ˜†

3. Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak.bantal yang adapeta dunia pun wajib disarungkan ye.πŸ˜†

4. Amalkan meminum air perahan lemon dan green tea kerana ia adalah minuman detox tinggi antioksida. Terbaik untuk cuci dalaman.

5. Rajin dan disiplin diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner, 3-pelembap/sunblock. kalau malas jangan cakap kenapa muka takde perubahan.πŸ˜†

6. Pakai homemade mask ringkas untuk detox. Yogurt + madu + green tea. Buat seminggu sekali untuk tarik kotoran dari dalam kulit keluar ke permukaan. Ini antara kaedah untuk purify kulit wajah. Kalau malas dm bonda, bonda ada jual mask yang boleh menanggalkan kotoran dekatm uka ampa.😊

7. Wap/stim muka sendiri. Ambil satu bekas besar untuk letak air panas di dalamnya. Titik minyak essential 2-3 titis. Lepas tu, kelubung kepala dengan tuala dan muka dihadapkan pada bekas itu. Jarakkan muka jangan terlalu dekat sangat. Agak-agak boleh bernafas dan tidak rasa terlampau panas. Kemudian, wapkan muka selama 15 minit. Kaedah ini sangat bagus untuk membuka liang pori dan mengeluarkan kotoran dengan lebih efektif.  ingat wap muka ye bukan rendah dalam air panas tak pasal masuk hospital sat lagi.πŸ˜†





ok guys! semoga bermanfaat!!!


love, 
bondayana


EHHH SIAPA YANG BESAQ GADANG TU??!!

Salam semua. eh untuk entry kali ni bonda nak share dengan korang journey bonda dalam dunia diet ni. Memang mencabar sebab bonda ni agak suk...