EHHH SIAPA YANG BESAQ GADANG TU??!!

Salam semua.

eh untuk entry kali ni bonda nak share dengan korang journey bonda dalam dunia diet ni. Memang mencabar sebab bonda ni agak suka food hunting. mna tempat viral mesti pergi. Lagi satu bonda ni bila duduk sorang-sorang dekat rumah tak tahu nak makan apa mesti pecut pi makan FAST FOOODD! (NOT RECOMMENDED DUE TO HIGH CALORIES) Nak buat macam mana bonda ni belum ada rezeki anak lagi. so bila nak masak portion sorang tu alahai malasnya. selalunya before husband balik kerja, dalam pukul 4 baru start masak. tengah hari tu kalau malas nak masak untuk makanan sendiri bonda akan pergi Mc Donald, KFC dan segala jenis FAST FOOD.  Ye la nama pun fast food, cepat la dapat makan. ada lagi satu cepat dapat penyakit jugak!!!! HAHAHAHAHAHAA.πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Berat bonda memang naik bukan sekilo taw, tapi berkilo- kilo. tak terkira kilonya. aduhhh stresssssss bondaaaaaaaaaaa.aaaaaarrggghhhhh. Lagi tak best bila baju semua tak muat kena la beli baru. sebab ketat sendat macam sarung nangka. nak solat pun rasa berat badana. dari sujud nak bangun tu aduh rasa macam tak nak bangun. sebab berat sangat. (tergelak bonda bila ingat balik)  Confident pun hilang lebur.  bila jumpa orang semua cakap ehhhhh kenapa badan dah naik???? alahai malu bonda.

Bila naik berat badan ni, period bonda pun terganggu. almaklumlah hormon pun tak stabil. memang nature of my body ( agitcheww) kalau berat naik, period mesti tak kunjung tiba. Pergi jumpa doc pun depa kata HORMON TAK STABLE. Letih  dengaq laaa. Jadi bila dah macam tu bonda pun tak action sebab ye la woi siapa tak mo baby. so i take one step ahead untuk make sure im healthy and period pun lancar macam sediakala.

Naahh bonda belanja gambar sikitπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡   


                         BEFORE                   



AFTER


Gambar before tu masa bonda tengah ada masalah berat bada. besar gadang... Rasanya berat dalam 100kg kot. sebab last timbang 98. then after few months rasa berat macam naik sampai fobia nak naik penimbang. hahahaha so yang gambar after lepas bonda loss around 15kg. but still tengah nak turunkan lagi. Target 55kg. And right now bonda tengah on "Diet suku suku separuh". okay lah bonda akan share lagi pasal journey diet suku suku separuh. got to go bonda ada kerja nak buat


love, 
BondaYanaπŸ‘„πŸ’–






Lesson to be learned!!!!

ASSALAMALAIKUM

Hai semua.

untuk cerita kali ni kita cerita sikit la pasal life. Benda ni bonda rasa mesti perna berlak dekat korang juga kan?? ooopppss belum cerita lagi dah tanya lagu tu.aduh bonda ni.πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

dalam hidup kita ni mesti mesti kita ada jumpa orang yang selalu cari pasal dengan kita kan?
apa yangk orang buat dengan orang macam ni? kalau bonda, bonda tak kisah pun. tapi lepas dari tu memang bonda takkan bercakap sangat dengan orang yang macam ni. sebabnya takut bergaduh pulak. isshh. bonda tak suka nak gaduh-gaduh. sebab i can be much more garang than dragon. hahahahahπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

tapi guys bukan bonda terus nak berdendam. bonda maafkan orang tu. tapi bonda takkan jadi rapat as before la. kadang-kadang malas dah nak layan orang macam. sometimes dalam family pun ada tapi benda ni tak boleh lama-lama sebab family kan. ayyooorr dicincang takkan putus.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Tapi kalau korang jumpa orang perangai macam ni buat tak tahu. dont hold the grugde. let it go. barulah hati kita tenang. Aman damai. Bonda kadang-kadang selalu nampak status si A burukkan si B. berpanjangan sampai beranak pinak.eh ampa memang takde kerja ka? nak bermusuh sampai kiamat ka??πŸ˜†πŸ˜†
Please ye korang. udah-udah simpan dendam. p la buat solat taubat. semoga ALLAH ampunkan segala dosa-dosa kita. it's time to be a big girl nowww!!! maybe it's time to be a women lah. baru nampak matang.

Nak bebel panjang [un takut nanti tersalah cakap. okaylah. smapai sini je laaaa... GTGπŸ’—πŸ’—πŸ’—




TIPS KECANTIKAN YANG PERLU ANDA TAHU!!!!!!


Bila kita cakap soal kecantikan , mesti ramai wanita di luar sana yang nak tahu tips kecantikan. al maklum lah wanita dan kecantikan tu tak boleh dipisahkan. Budak-budak pun dah pandai nak cantik-cantik. kita yang dah dewasa mesti nak nampak cantik juga kan?Bila penampilan kita cantik, automatik kita punya confident pun naik!! setuju tak??!!!

jom kita tengok tips kecantikan. Boleh share d engan kawan-kawan. nak cantik biar sama-samaπŸ’–πŸ’–πŸ’–


1)1. Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air adalah agen detox kulit terbaik! cukup ke 2 liter???

2. Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman soda, minuman instant 3in1 dan dairy-rich food. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus hormon penyebab jerawat. Jangan hairan kenapa dah tua pun masih naik jerawat. minum manis jerawat naik, bacaan gula pun boleh naik. tak pasala dapat kencing manis.πŸ˜†

3. Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak.bantal yang adapeta dunia pun wajib disarungkan ye.πŸ˜†

4. Amalkan meminum air perahan lemon dan green tea kerana ia adalah minuman detox tinggi antioksida. Terbaik untuk cuci dalaman.

5. Rajin dan disiplin diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner, 3-pelembap/sunblock. kalau malas jangan cakap kenapa muka takde perubahan.πŸ˜†

6. Pakai homemade mask ringkas untuk detox. Yogurt + madu + green tea. Buat seminggu sekali untuk tarik kotoran dari dalam kulit keluar ke permukaan. Ini antara kaedah untuk purify kulit wajah. Kalau malas dm bonda, bonda ada jual mask yang boleh menanggalkan kotoran dekatm uka ampa.😊

7. Wap/stim muka sendiri. Ambil satu bekas besar untuk letak air panas di dalamnya. Titik minyak essential 2-3 titis. Lepas tu, kelubung kepala dengan tuala dan muka dihadapkan pada bekas itu. Jarakkan muka jangan terlalu dekat sangat. Agak-agak boleh bernafas dan tidak rasa terlampau panas. Kemudian, wapkan muka selama 15 minit. Kaedah ini sangat bagus untuk membuka liang pori dan mengeluarkan kotoran dengan lebih efektif.  ingat wap muka ye bukan rendah dalam air panas tak pasal masuk hospital sat lagi.πŸ˜†





ok guys! semoga bermanfaat!!!


love, 
bondayana


5 BASIC SKINCARE ROUTINE!! WAJIB TAHU NAAA!!!!



Kecantikan dengan perempuan memang tak boleh dipisahkan. Betul tak? Mana ada perempuan yang tak sukakan kecantikan. Tak kira bangsa, agama dan warna kulit mesti semua nak cantik. sampai ada yang saanggup buat plastic surgery, cucuk sana sini. alaha ngerinyeeee😱😱 Betullah pepatah mat salleh mengatakan Beauty is Pain. Apapun kita sebagai orang islam janganlah bedah sane sini. dah ubah ciptaan Allah. Allah murka nanti!!! Kalau korang nak maintain cantik ada je caranya. Orang kata cantik ala-alal secara semula jadi.. agitchewww!πŸ˜„ Yang PENTING korang wajib ada 5 BASIC SKINCARE. Baru lah kulit kita sihat dan cantik awet muda gittcheww!


''BONDA APA YANG PERLU ADA YE UNTUK BASIC SKINCARE??''

5 benda ni korang wajib ada ye sayang-=sayang sekalian.


5 BASIC SKINCARE



1) CLEANSER


First, opcos lah kena ada cleanser or pecuci muka. kalau takde nak cuci pakai apa? sabun basuh pinggan ke? dik non oi jangan menemphah maut yeee(gurau naaa). Fungsi cleanser ni unutk buang segala kekotoran yang Ada dekat kulit kita. korang sanggup ke biarkan kulit korang tu kotor? ish na tengok tak apa jadipada kulit kita kalau tak dicuci??? naaahh ambik   dush....

haaa.. tudah lari p cuci muka la tu!

Nampak tak betapa kotornya kulit kita ni.. aduhhh.korang dah cuci ke belum muka korang hari ni? penting taw cuci muka ni. kita cuci nak buang kotoran kalau kulit kita ni kotor mula lah cik JERAWAT bertengkek dekat muka tu. dah bertengkek, korang marah tapi hakikatnya MALAS! Jangan malas please!!! oh ya kalau untuk cuci muka tu korang buat dua kali sehari. Dua kali pun dah cukup tak payah banyak-banyak. dua kali ni pun belum tentu korang buat kan??πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† apapun nak cantik ni sama macam kita berkerja or berbisnes kena bagi KOMITMEN. Kalau tak bagi komitmen hasilnya ke laut juga!πŸ˜„πŸ˜„


2) MASK (EXFOLIATE)



Second, kenalah exfoliate kulit kita. untk exfoliate kita buat dua kali seminggu ye. mentang-mentang dalam basic skincare korang pi tibai hari-hari. Korang WAJIB exfoliate kulit korang sebab nak buang sel-sel kulit mati. Kulit kita ni akan bertukar setiap 28 hari. Bila dah sampai masanya sel-sel kulit kita akan mati . sel kulit mati kita ni dia akan naik ke permukaan epidermis kita. pernah tak bila korang tengok kulit korang, korang mesti berdengus dalam hati " ish kenapa kusam bangetttttt! SSTTRREESSSS!" Betul  tak? haaa. Kulit kusam korang tu berpunca dari kehadirsn tetamu tak diundang cik cel kulit mati. Nak buang sel kulit mati ni kena lah pakai mask dik non oiii. dah bung sel tu baru la nampak berseri je. Pernah tak korang pakai product tapi tak de kesan? pernah tak? mesti pernah kan? ni pun satu punca. korang tak exfoliate kulit korang. kala tak buang sel kulit mati macam bahan dalam producrt korang tu tak masuk lah kedalam kulit korang sebab dah kena halang dengan cik sel kulit mati. lepas ni kalau dah tahu buat. jangan salahkan product pula. kesian produk kena sumpah dengan korang.


3) TONER / SOFTENER



Lepas tu jangan lupa toner/softener. Kalau dekat mary kay kita panggil softeneer. Dengar nama pun dah tahu boleh buat kulit tu jadi soft.πŸ˜„πŸ˜„ Fungsi sama je. untuk kecil kan pori-pori korang yang jelas kelihatan seperti gaung tu. Dia juga boleh buat kulit korang lembut dan licin. barulah glassskinzzzz.


4) Moisturizer

       
Day cream

Moisutrizer ni penting taw! sebab dia bagi kelembapan pada kulit korang kalau mary kay day cream  and night cream timewise ni adalah moisturizer. Setiap orang mesti pakai. takde lah kulit tu kering. Kulit korang akan lembab sepanjang hari!


5) SUNBLOCK



Last but not least, sunblock. paling penting guys. Malaysia ssssss0000 hoooootttt guys. so korang wajib pakai sunblock untk protect kulit korang. fungsinya sebagai dinding penghalalng kulit dari sinaran matahari. sunblock juga bole hlindung kulit kita dari UVA (penuaan, flex hitam,) dan UVB (sunburn,cancer).


Sekarang boleh lah  geledah beg make up korang untk check balik cukup ke 5 BASIC SKINCARE korang? haaaa takde toner? tak de sunblock? takde moisturizer? ha? pencuci pun takde? 😱😱😱😱 ALAMAK! Start enjin pi laaa beli. kalau malas nak start enjin bondakan ada!!! jom drop order MARY KAY dengan bonda, Bonda kan consult dengan korang dari A- Z 😊😊😊


      
      BONDAYANA,
      Independent Beauty Consultant MARY KAY
      010-2908103

DISEBALIK LAGU LATHI!!!!

Hari ni bonda teringin sangat nak buat review pasal LATHI song. Might be tertinggal train sebab lagu ni dah pun meletopppsss and dah ramai yang buat review pasal lagu LATHI ni. Dekat youtube pun dah rama yang buat reaction on this song!! Lagi-lagi lagu ni viral bila ada pula LATHI CHALLENGE. Terus viral lah lagu ni ke serata duniaaaa chuuoolsss! 



First bonda dengar lagu LATHI ni terus jatuh cinta dengan lagu ni. Arrangement music yang sangat kreatif . itu yang buat bonda dok ulang lagu tu sampai beratus kali. Memang tak bosan langsung. Tapi yang tak best orang kata lagu tu berhantu. Mistik la. eh yang buat jadi mistik tu ampa lah yang pi buat challenge sampai tengah malam. Lepas tu make up effect hantu berlebih lebihan. Mana tak syaitooonnniraaaajiim suka. Sebab tu kena kacau. yang buat challenge tu pun jaga naa akidah ampa. jangan sampai terpesong pula akidah tu. Al maklumlah duna dah akhir zaman. Banyak fitnah akhir zaman. Okay cukuplah bonda dok bebel naaa. ni bonda nak terangkan di sebalik lagu LATHI. Siapa penciptanya, siapa penyanyinya dan apa maksud sebenar lagu LATHI ni. 

Laguni dicipta oleh group music EDM WEIRD GENIUS (dengar nama pun dah rasa group ni lain dari yang lain). Mereka ni terdiri daripada dua orang youtuber dan seorang DJ. Untuk lagu LATHI ini mereka pun collab denga Sara Fajira. WEIRD GENIUS ni tak berapa faham Bahasa JawaSara kan orang Surabya jadi lebih faham bahasa jawa. Makanya bahasa jawa yang ada dalam lagu ni telah ditulis oleh Sara supaya kedengaaran merinding.. agitchewww.😱

Lagu ni menggabungkan elemen muzik elektrik (ala2 techno rasanyalah.kalau salah maaf deh) dan muzik tradisional. Kalau ampa dengar lagu ni awal-awal ras tenang je kan. suara Sara memang kedengaran sangat harmoni ye. tapi bila sampai dekat tengah..... Masya ALLAH... Terkejut bonda tengok Sara bertukar menjadiiiii.... entah la. nasib takde sakit jantung. Kalau tak tengok video for me should be okay. sebab layan rentak lagu yang memang lain dari yang lain. waduuuhh. Memang WEIRD GENIUS mereka ni.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚  Kalau pasal video clip, mereka ad bua explanation pasal video clip lagu tu. korang boleh pi layan dekat youtube nak type sini sampai esok tak habis .Malangnya bonda tak dapat link tu. tap korang type je pasal WEIRD GENIUS LATHI. 

Kita pergi pada lirik LATHI yang Bahasa Joowwoo nya.

'Kowe ra iso mlayu saka kesalahan
('Kamu tidak bisa lari dari kesalahan)

Ajining diri ana ing lathi                                                                                                 (Harga diri seseorang ada pada lidahnya (perkataannya)’.)

Ramai juga yang tampil menberi penjelasan pada Bahasa Joowoo ni. Ayat atas ni sebenarnya bahasa halus bagi masyarakt Jawa. buka makhlus halus ye. Lagu ni juga adalah mengenai hubungan TOXIC penuh denga penipua dan ego di mana akhirnya telah memaksa seseorang itu membalas dendam melalui sihir. fuhhhhh.. dahsyat... eh korang nak tahu tak ada juga yang cakap lagu tu berksah tentang DEWI LATHI pada era zaman majapahit yang dilecehkan oleh seorang pangeran sehingga dia ni hampir mati. kerana dendam DEWI LATHI ni gunakan sihir untuk membunuh pangeran dan pengikutnya. apa benar atau tidak masih tidak dipastikan kesahihah tapi ada youtuber indonesia yang share pasal ni. bonda selit naaaa gambar komen laki tu..


Conclusion dia, apa pun jangan terlampa taksub dan leka dengan benda mistik. Memang makhluk mistik ni ciptaan ALLAH tapi jangan lah mintak bukani bukamn. Bila dengar macam seram terus cakap lagu ni mistik. bila kita dah letak mindset macam tu, syaitooniraajiim suka, lagilah dia kacau. yang dok up buat althi challenge tu korang stop la buat yang over over. Nanti tak tidur malam orang yang tengok tu. Ngeri tengok ampa buat challenge. tak pun nanti imam dekat masjid azan dekat telinga ampa nanti!!!πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚







SAYA BONDAYANA , INDEPENDENT BEAUTY CONSULTANT MARY KAY anda!!!

Assalamualaikum semua!!!

Dah lama rasanya tak menaip blog. Last bulan 5 haritu. Al maklum lah bonda ada banyak benda yag kena buatsampai terlupa blog bonda ni. oh ya kalau korang nak tahu bonda sekrang ni Independent Beauty Consultant di Mary Kay. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa bonda join Mary Kay..  " Kenapa bonda?"

Mulanya ex-classmate bonda  (bukan ex boyfriend ye) tegur bonda dekat ig. Kebetulan bonda ni memanh tengh usha Skincare. Al maklumlah teringin nak tukar yang elok sikit eh bukan sikit, elok baaanyyakkk!πŸ˜†πŸ˜† jadi bila dah dia dm tu bonda pun tanyalah pasal product. Dah borak-borak dia ajak bonda join Mary Kay. Dulu pernah je ada yang ajak bonda tolak. mungkin belum sampai hidayah kot!πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Bila member bondaexplain barulah sampai hidayah nak join Mary Kay! terus lah sign up guys. jadi BC dia dapatlah beli product tu hargaa murah. Memang berbaloi!!! 

Bila barang sampai bonda teruslah cuba. Pakailah ikut aturan dia. tiba-tibaaaaaa....................................................................................................................  issssshh..isssshhh..... MEMANG HEEEERRRRLLLOOOOOKKK BAK ANG!!!!! Bonda dulu selalu obsess tengok kulit orang yang ala-ala glass skin gittewwww. tapi bila pakai Mary kay, OMG!!!!😱 Bonda obsess dengan kulit sendiri!!!! Dari situ lagi comfidentlah nak jual Mary Kay sebab kita sendiri pakai and yang paling penting Mary kay ni BUKAN one product for all. dia ada banyak product mengikut masalah kulit masing-masing. Kalau kulit bererawat penuh, pakai set jerawat. kalau kulit kusam pakai set untuk kulit kusam. 

Makanya ampa pun kala nak pilih porduct pilihlah yang sesuai dengan kulit korang. jangan bila tengok orang tu pakai cantik, ampa terus pi beli. bila pakai tak jadi apa. kira bernasib baik tak jadi apa. Kalau breakout teruk? Macam mana? Kan dah susah!!

EH ! alang-alang kan. Kalau kornag nak tanya pasal penjagaan kulit ke, produk yang sesuai dengan ampa ka, ampa bole je pm bonda, Bonda akan sentiasa bantu ampa. jangan malu jangan segan. Kalau segan sesat jalan, boleh terbabas!hahaha. oklah bonda akhiri nukilan bonda dengan satu mutiaara kata..ceewwwaaaahh!!! 

"Never give up. Give chance to yourself. Believe in yourself"




Bondayana
Independent Beauty consultant
Mary Kay
010-2908103

SHARING BONDA UNTUK ANDA SEMUA!!!

   assalamualaikum wbt


 Rasa lama bonda dah tak buat blog. bonda rasa last buat pun masa zaan belajar dulu. adalah juga terjumpa blog lama. well, malu gila bila baca. apalah yang bonda membebel pun bonda tak tahu. ermm. itulah masa tu baru 18 tahun. Apa orang kata, tak matang lagi. Al maklumlah, time baru nak up. baru nak kenal dunia. baru nak tahu selok belok dunia luar. Masa tu tengah belajar. so bila bosan terus tulis blog. 😊😊😊😊

    Bukan itu yang bonda nak share. bonda nak share psesuatu yang penting dalam kehidupan kita. Bonda suka topic SYUKUR.  Sejak kebelakangan ni bonda suka  go through media sosial and suka baca mengenai isu isu semasa dan tak kurang juga rakyat malaysia yang memang banyak ragamnya.
kenapa bonda tertarik dengan topik SYUKUR? cer teka. cer teka. teka lah.πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

    Sebagai seorang hamba wajib kita menSYUKURI segala nikmat yang ALLAH berikan ke atas kita. syukur ni macam cara kita beterima kasih pada Allah yang memberi segala nimat keopada kita. Banyak nikmat yang Allah beri dekat kita tapi kita ni kadang-kadang tak pernah sedar. walaupun nikmat tu dekat dengan kita. Malah kita ni terlalu membanggakan diri kita sendiri. semua yang ada pada kita even nyawa kita ini  milik Allah. Allah boleh tarik bila- bila masa. Jangan pernah kufur nikmat yang Allah beri percuma pada kita..

    Gaji kecil takpe, sebab masih mampu na jalan sana sini. duduk rumah sewa and kecil tapi masih mampu makan itu ini. nikmat tu. biar pakai kereta kecil tapi cukup pakai itu ini.bayangkan suatu hari nanti Allah tarik nikmat yang kita ada sekarang. apa perasaan kita? berSYUKURlah sayang bonda sekalian. Hidup ni cuma sekali, buat lah yang terbaik. jangan cepat mengeluh. jangan cepat melatah. bila kita rasa susah, sebeanrnya ada orang yang lagi susah dari kita. jadi, didik hati kita untuk sentiasa SYUKUR dengan segala apa yang kita ada. 
    
    Bila rasa susah mintak tolong dengan ALLAH. dia sebaik pertolongan. doakan pada diri kita  supaya kita ini sentiasa kaya dengan doa supaya kita sentiasa merendah diri dan kita sentiasa meletakkan pergantungan kita kepadaNYA.


    Bonda rasa mengantuk pula. Banyak lagi topik bonda akan update. gtg now! 

ASSALAMUALALIKUM.




                                                                                                                                LOVE,
                                                                                                                          BONDAYANA

EHHH SIAPA YANG BESAQ GADANG TU??!!

Salam semua. eh untuk entry kali ni bonda nak share dengan korang journey bonda dalam dunia diet ni. Memang mencabar sebab bonda ni agak suk...